Segala pembelian secara online di facebook adalah tertakluk
kepada Terma @ Syarat berikut:
- Segala pembelian adalah di bawah tanggungjawab pembeli sepenuhnya. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kemalangan atau kecederaan atau apa-apa sahaja yang mendatangkan mudarat ke atas pembeli yang berkaitan dengan produk yang dibeli.
- Harga yang tertera yang tertera tidak termasuk kos penghantaran barang
- Kos penghantaran barang perlu ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Kos adalah bergantung kepada berat barang yang dibeli. Kos pengeposan adalah seperti berikut: RM7.00 untuk semenanjung malaysia dan RM9.00 untuk Sabah dan Serawak.
- Pemprosesan pengeposan hanya akan dibuat pada hari Isnin sehingga Khamis sahaja. Segala tempahan pembelian yang diterima pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, akan diproses pada hari Isnin.
- Segala pembelian secara online mestilah disertakan dengan salinan slip bank yang sah. Pembeli perlu menghantar gambar salinan slip bank sebagai bukti pembayaran telah di buat.
- Pihak kami berhak untuk menangguhkan atau membatalkan pembelian sekiranya tiada gambar salinan slip bank diterima.
- Pembeli boleh membuat "booking" barang yang ingin dibeli dalam masa 2 hari sahaja. Sekiranya tiada pembayaran dibuat dalam tempoh tersebut, barang tersebut akan dibuka semula kepada pembeli yang lain.
- Pembeli yang membuat pembayaran menggunakan kredit kad atau paypal tidak dibenarkan membuat pemulangan wang. Pembeli ini hanya boleh membuat penukaran barang sahaja.
- Pihak kami berhak mengubah mana-mana Terma & Syarat di atas pada bila-bila masa.
0 Comments